Tuesday, 16 July 2013

Wahai Insan


Insan. Biar apa pun rintangan yang dikau lalui sepanjang kehidupan ini, jalani ia dengan penuh kesabaran dan ketabahan hanya kerana Allah. kerana di situ ada janji Allah. Yang pasti.
*************
walau beribu kali kita alpa dengan perintahNya...
walau berjuta kali kita pandang ringan je suruhanNya ...
walau bermacam lagi perkara yang DIA suruh tapi kita buat-buat tak tahu dan tak ambil kira
kita buat macam DIA bukan TUHAN YANG MENCIPTAKAN KITA
padahal, DIA lah TUHAN SEKALIAN ALAM. YANG MAHA BERKUASA...yang bagi kita nyawa, beri kita keamanan , kesenangan , kebahagiaan untuk kita hidup di dunia ni...

bagi peluang untuk kita tetap tersenyum bersama mak ayah kawan teman sahabat suami isteri anak-anak...
DIA tetap bagi kita kemudahan
DIA tetap bagi kita hidup lagi sampai hari ni
untuk apa???
untuk kita ubah gaya hidup kita
dari jahil kepada yang berilmu pengetahuan tentang Islam
bagi kita masa untuk perbaiki diri dari segala kesalahan dan kesilapan
biar kita tak terlalu merana kat 'SANA' nanti




bukan sia-sia DIA cipta kita.
bukan hanya tujuan yang tak tentu hala
tapi!
untuk KITA... sebagai hambaNya, patuh dan taat dengan segala suruhanNya. 
suruhan & larangan NYA ... semua ADALAH untuk kebaikan ... bukannya hanya sia-sia.

FIKIRKANLAH DUHAI INSAN

 tapi , kadang kita masih tak sedar
yang kita ni
hanya ada sikit je masa...
untuk bersedia hidup kekal kat negeri ABADI 'sana'


DIA=ALLAH




*************
" walau kita lupa , DIA tak terus murka
sebaliknya diberi masa untuk berubah "

# sedar lah wahai diri!

muhasabah diri makanan hati dan rohani

No comments:

Post a Comment