Saturday, 17 August 2013

kerna aku manusia biasa


teman
jodoh pertemuan kita
itu semua rahsia-Nya
anugerah terindah
memori warna-warni
kenangan terindah
pabila kita dapat sama-sama
melalui liku-liku hidup dunia fana ini

teman
tidak ku larang untuk kamu mengagumiku
namun
biar semuanya kau kembalikan kepada Allah
kerna aku hanya manusia biasa
yang terlalu banyak cacat celanya
cukup aku menjadi yang sederhana
di mana kau tahu lebih dan kurangnya aku
agar nanti
tika kau tahu kurangnya aku
kau dapat menutupnya dengan kelebihan yang ada padamu
kau dapat membantu aku membetulkan silapnya aku
kerna aku manusia biasa





.::ZM'13::.

muhasabah diri makanan hati dan rohani

Wednesday, 31 July 2013

ALLAH buktikan melalui...


#Pengalaman 1
Saya bersekolah di Sek Men Keb Tunku Putra, Batu Pahat, Johor. Sewaktu berada di Tingkatan 5 pada tahun 2011 ketika mengikuti kelas Bahasa Inggeris pada suatu hari... Tiba-tiba, guru kami, seorang guru lelaki berbangsa India beragama Hindu bercerita tentang kepercayaan agama mereka yang mana mereka akan dilahirkan semula selepas mati. Selepas itu, dok lama beliau bercerita, beliau pun berkata bahawa, "Only one out of many person (about thousand maybe...) may live again in this world..". Beliau pun menyambung, "... So, I didn't belive it hundred percently for what our religion said about this one (dead person may be born again to live in this world). I just accept it, but not really trust it. This also because I rarely heard to the story about this until a news showed to me to this thing. Then, I think this is the prove for what I had thought." .

#Pengalaman 2
Selepas SPM, saya pun meneruskan kembara pengajian ilmu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Saya mengikuti jurusan Modul 1- PST. Ketika awal semester dua, topik subjek Biology yang kami pelajari adalah Biodiversity. Topik ini berkaitan pengkelasan Bacteria, Algae, Fungi, Plantae dan Animalia. Pada suatu hari, semasa tutorial Biology yg diajarakan oleh pensyarah Encik Mohd Ruszaidi Bin Setapa... salah seorang daripada ahli praktikum yang berbangsa India beragama Hindu kami bertanya kepada pensyarah yang tengah mengajar di hadapan makmal, "Teacher, where were people (human) come from? Takkan tiba-tiba je manusia hidup macam.. Szzuupp gitu?!" Kami pelajar yang mendengar tersenyum mendengar soalan dia...


`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Haa.. Begitulah persoalan-persoalan yg dikemukakan. Bagaimana manusia diciptakan dan bagaimana pula setelah manusia meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, suka saya katakan bahawa teman sejati dan teman yang paling akrab dengan kita sebenarnya adalah Al-Quran. Mengapa? Kerana..jika timbul apa jua soalan dari benak fikiran kita, percayalah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu dan sebaik-baik tempat mencari jawapan adalah Al-Quran. Jika kita teliti satu persatu setiap maksud bagi bacaan yg kita lafazkan, insyaAllah akan ada jawapan bagi persoalan yg diterbitkan. (^_^)
Hebat bukan, kalam Allah yang satu itu! Allah buktikan kekuasaanNya sebagai Tuhan Yang Maha Esa melalui Al-Qur'an.

Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina (mani), kemudian Kami letakkan ia dalam tempat yang kukuh (rahim), sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami tentukan (bentuknya), maka (Kamilah) sebaik-baik yang menentukan.
Surah Al-Mursalat ayat 20-23 

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)-nya, dan, manusia bertanya, "Apa terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, keraana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatn seberat zarah, nescaya dia akan melihat 9balasan)nya.
Surah Az-Zalzalah ayat 1-8

Oleh itu, bagaimana kawan-kawan? Terbukti bukan bahawa Al-Quran punya semua jawapan?
Fikir-fikirkan.
Ayuh kita kaji selidik lagi ilmu Allah yang luas itu dalam kalamNya.
|Ambil sifat-sifat baik orang Yahudi yang tidak pernah putus asa untuk mengkaji apa jua ilmu Allah di dunia ini.|
Mari jadikan Al-Quran teman akrab kita. Bawa ia ke mana jua kita berada. Baca ia di setiap ruang waktu yang kita ada. Fahami isi kandungan maksud yang tersurat dan tersirat di sekitarnya. Kekal istiqamah melalui kunjungan doa kita kepada Dia. InsyaAllah, Allah buktikan melalui Al-Quran. ^.^

by Nazatul Shima Masri

muhasabah diri makanan hati dan rohani

Tuesday, 16 July 2013

Wahai Insan


Insan. Biar apa pun rintangan yang dikau lalui sepanjang kehidupan ini, jalani ia dengan penuh kesabaran dan ketabahan hanya kerana Allah. kerana di situ ada janji Allah. Yang pasti.
*************
walau beribu kali kita alpa dengan perintahNya...
walau berjuta kali kita pandang ringan je suruhanNya ...
walau bermacam lagi perkara yang DIA suruh tapi kita buat-buat tak tahu dan tak ambil kira
kita buat macam DIA bukan TUHAN YANG MENCIPTAKAN KITA
padahal, DIA lah TUHAN SEKALIAN ALAM. YANG MAHA BERKUASA...yang bagi kita nyawa, beri kita keamanan , kesenangan , kebahagiaan untuk kita hidup di dunia ni...

bagi peluang untuk kita tetap tersenyum bersama mak ayah kawan teman sahabat suami isteri anak-anak...
DIA tetap bagi kita kemudahan
DIA tetap bagi kita hidup lagi sampai hari ni
untuk apa???
untuk kita ubah gaya hidup kita
dari jahil kepada yang berilmu pengetahuan tentang Islam
bagi kita masa untuk perbaiki diri dari segala kesalahan dan kesilapan
biar kita tak terlalu merana kat 'SANA' nanti




bukan sia-sia DIA cipta kita.
bukan hanya tujuan yang tak tentu hala
tapi!
untuk KITA... sebagai hambaNya, patuh dan taat dengan segala suruhanNya. 
suruhan & larangan NYA ... semua ADALAH untuk kebaikan ... bukannya hanya sia-sia.

FIKIRKANLAH DUHAI INSAN

 tapi , kadang kita masih tak sedar
yang kita ni
hanya ada sikit je masa...
untuk bersedia hidup kekal kat negeri ABADI 'sana'


DIA=ALLAH




*************
" walau kita lupa , DIA tak terus murka
sebaliknya diberi masa untuk berubah "

# sedar lah wahai diri!

muhasabah diri makanan hati dan rohani

Monday, 6 May 2013

hari-hari terakhir di matrik


Slot: Tazkirah Malam
Waktu: Selepas bacaan Al-Mulk
Masa: 10.30 p.m
Hari: Ahad
Tarikh: 28/4/2013

Pada malam kedua terakhir tu, seperti biasa kami akan diajak utk membaca Surah Al-Mulk dr speaker hitam yg terdapat di semua wing, semua aras, semua blok. Bacaan itu dibacakan oleh Wan Muhammad Adib, salah seorang ahli jawatankuasa Surau Al-Muttaqeen Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (CoMMaNS).
Hati syahdu dan perasaan ingin meninggalkan kolej semakin mendayu-dayu,, eheh, ye kot?? Krik, krik.. (=.=") Seperti biasa juga, sesudah bacaan Al-Mulk tu,,, kami akan diperdengarkan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh penyampai yg sama juga, iaitu Adib. Tazkirah pada malam tu meningatkan kami agar menyemat indah tiga perkara sesudah kami semua meninggalkan kolej bagi menunggu panggilan kemasukan ke 'U' bagi program ijazah nanti dan setelah kembali semula menyambung pelajaran nanti InSyaAllah..

...Oleh itu, apakah perkara yang disampaikan oleh Adib tu? Ini dia:

1.kawan
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Penjelasannya, "Jika sesiapa yg berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun turut terbau wanginya. Jika dgn penukang besi pula, kita akan terasa bahangnya."

2.ilmu

عَنْ أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.
(رواه ابن ماجه)
Dari Anas ibn Malik r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap orang Islam”
(HR. Ibn Majah)
3.redha Allah
Dalam setiap perkara yang kita lakukan, lakukanlah dengan mengharapkan redha Allah, jangan difikirkan pahala ataupun syurganya... Kerana yang utama adalah REDHANNYA. 

Alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang berjaya disampaikan olehnya... Akhir kalam, sebagai umat Islam satu kewajipan bagi diri kita dalam mencari kawan yang mampu membawa kita ke jalanNya, menuntut ilmu duniawi + ilmu ukhrawi dan kewajipan setiap insan dalam melakukan setiap perkara demi menggapai redhaNYA.

..::Salam ukhuwafillah,
jazakillahi khairan <3

by Nazatul Shima Masri

muhasabah diri makanan hati dan rohani

Wednesday, 27 March 2013

menyemai redha



A: aku dah bosan hidup macam ni . pointless . arghhhh!!
B: kenapa aku yang kena dapat 'menatang' kesusahan ni . takde bahagia ke untuk aku?
C: mati lagi bagus daripada hari-hari kena makan hati ulam jantung je !

Ya, Allah bagi pelbagai dugaan untuk kita sampai kadangkadang kita mengeluh . sampai kita persoalkan kenapa orang lain lebih senang hidupnya dari kita . tapi kita lupa , kita lupa , kita lupa lagi bahawa setiap manusia yang diciptakan mempunyai bahagian masingmasing , rezeki masingmasing , kehidupan yang mempunyai keistimewaan tersendiri malah kisah cinta juga berbeza . Ingatlah , setiap kali kita ditimpakan dugaan BELAJARLAH untuk REDHA , kerana kemanisan selepas REDHA yang sesungguhnya itu MASYA-ALLAH tak dapat dibayangkan dengan katakata . Allah dah kata ,DIA tak ciptakan kita untuk menjadi yang siasia . Allah dah kata , besar ganjarannya untuk hambaNYA yang setia . kerana sayanglah DIA duga kita . namun kalau dah kita dok beriye nak anggap dugaan sebagai alasan untuk putus asa , jangan cakap Allah tak adil , jangan cakap Allah tak sayang . tu PILIHAN kita . Saudara saudari seISLAMku , we're going to the same one destination (SYURGA), but with different types of path and Iman . Read the love letters of Allah , surely it's the best medicine for your heart . keep going forward even though you know it is too hard for you . endure it strongly . Allah there, looking at you , your efforts . He knows the best what for US . sahabat Rasulullah saw menangis walau sehari Allah tak uji mereka , bagaimana dengan kita ?? jangan cakap 'tu sahabat Rasulullah , aku ni orang biasa je' . please don't . kita sama , kita hamba ALLAH . apa yg membezakan kita adalah IMAN . semailah REDHA di hati , it's beneficial for us . ALLAHUAKBAR . ♥


by Nur Hazwani
muhasabah diri makanan hati dan rohani

Tuesday, 26 March 2013

Iman


Apa itu iman?
muhasabah diri makanan hati dan rohani