Slot: Tazkirah Malam
Waktu: Selepas bacaan Al-Mulk
Masa: 10.30 p.m
Hari: Ahad
Tarikh: 28/4/2013
Pada malam kedua terakhir tu, seperti biasa kami akan diajak utk membaca Surah Al-Mulk dr speaker hitam yg terdapat di semua wing, semua aras, semua blok. Bacaan itu dibacakan oleh Wan Muhammad Adib, salah seorang ahli jawatankuasa Surau Al-Muttaqeen Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (CoMMaNS).
Hati syahdu dan perasaan ingin meninggalkan kolej semakin mendayu-dayu,, eheh, ye kot?? Krik, krik.. (=.=") Seperti biasa juga, sesudah bacaan Al-Mulk tu,,, kami akan diperdengarkan dengan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh penyampai yg sama juga, iaitu Adib. Tazkirah pada malam tu meningatkan kami agar menyemat indah tiga perkara sesudah kami semua meninggalkan kolej bagi menunggu panggilan kemasukan ke 'U' bagi program ijazah nanti dan setelah kembali semula menyambung pelajaran nanti InSyaAllah..
...Oleh itu, apakah perkara yang disampaikan oleh Adib tu? Ini dia:
1.kawan
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Penjelasannya, "Jika sesiapa yg berkawan dengan penjual minyak wangi, kita pun turut terbau wanginya. Jika dgn penukang besi pula, kita akan terasa bahangnya."
2.ilmu
عَنْ أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم:
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ.
(رواه ابن ماجه)
Dari Anas ibn Malik r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Menuntut ilmu itu adalah kewajiban bagi setiap orang Islam”
(HR. Ibn Majah)
3.redha Allah
Dalam setiap perkara yang kita lakukan, lakukanlah dengan mengharapkan redha Allah, jangan difikirkan pahala ataupun syurganya... Kerana yang utama adalah REDHANNYA. Alhamdulillah, itulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yang berjaya disampaikan olehnya... Akhir kalam, sebagai umat Islam satu kewajipan bagi diri kita dalam mencari kawan yang mampu membawa kita ke jalanNya, menuntut ilmu duniawi + ilmu ukhrawi dan kewajipan setiap insan dalam melakukan setiap perkara demi menggapai redhaNYA.
..::Salam ukhuwafillah,
jazakillahi khairan <3
by Nazatul Shima Masri