#Pengalaman 1
Saya bersekolah di Sek Men Keb Tunku Putra, Batu Pahat, Johor. Sewaktu berada di Tingkatan 5 pada tahun 2011 ketika mengikuti kelas Bahasa Inggeris pada suatu hari... Tiba-tiba, guru kami, seorang guru lelaki berbangsa India beragama Hindu bercerita tentang kepercayaan agama mereka yang mana mereka akan dilahirkan semula selepas mati. Selepas itu, dok lama beliau bercerita, beliau pun berkata bahawa, "Only one out of many person (about thousand maybe...) may live again in this world..". Beliau pun menyambung, "... So, I didn't belive it hundred percently for what our religion said about this one (dead person may be born again to live in this world). I just accept it, but not really trust it. This also because I rarely heard to the story about this until a news showed to me to this thing. Then, I think this is the prove for what I had thought." .
#Pengalaman 2
Selepas SPM, saya pun meneruskan kembara pengajian ilmu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Saya mengikuti jurusan Modul 1- PST. Ketika awal semester dua, topik subjek Biology yang kami pelajari adalah Biodiversity. Topik ini berkaitan pengkelasan Bacteria, Algae, Fungi, Plantae dan Animalia. Pada suatu hari, semasa tutorial Biology yg diajarakan oleh pensyarah Encik Mohd Ruszaidi Bin Setapa... salah seorang daripada ahli praktikum yang berbangsa India beragama Hindu kami bertanya kepada pensyarah yang tengah mengajar di hadapan makmal, "Teacher, where were people (human) come from? Takkan tiba-tiba je manusia hidup macam.. Szzuupp gitu?!" Kami pelajar yang mendengar tersenyum mendengar soalan dia...
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Haa.. Begitulah persoalan-persoalan yg dikemukakan. Bagaimana manusia diciptakan dan bagaimana pula setelah manusia meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, suka saya katakan bahawa teman sejati dan teman yang paling akrab dengan kita sebenarnya adalah Al-Quran. Mengapa? Kerana..jika timbul apa jua soalan dari benak fikiran kita, percayalah bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu dan sebaik-baik tempat mencari jawapan adalah Al-Quran. Jika kita teliti satu persatu setiap maksud bagi bacaan yg kita lafazkan, insyaAllah akan ada jawapan bagi persoalan yg diterbitkan. (^_^)
Hebat bukan, kalam Allah yang satu itu! Allah buktikan kekuasaanNya sebagai Tuhan Yang Maha Esa melalui Al-Qur'an.
Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina (mani), kemudian Kami letakkan ia dalam tempat yang kukuh (rahim), sampai waktu yang ditentukan, lalu Kami tentukan (bentuknya), maka (Kamilah) sebaik-baik yang menentukan.
Surah Al-Mursalat ayat 20-23
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)-nya, dan, manusia bertanya, "Apa terjadi pada bumi ini?" Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, keraana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatn seberat zarah, nescaya dia akan melihat 9balasan)nya.
Surah Az-Zalzalah ayat 1-8
Oleh itu, bagaimana kawan-kawan? Terbukti bukan bahawa Al-Quran punya semua jawapan?
Fikir-fikirkan.
Fikir-fikirkan.
Ayuh kita kaji selidik lagi ilmu Allah yang luas itu dalam kalamNya.
|Ambil sifat-sifat baik orang Yahudi yang tidak pernah putus asa untuk mengkaji apa jua ilmu Allah di dunia ini.|
Mari jadikan Al-Quran teman akrab kita. Bawa ia ke mana jua kita berada. Baca ia di setiap ruang waktu yang kita ada. Fahami isi kandungan maksud yang tersurat dan tersirat di sekitarnya. Kekal istiqamah melalui kunjungan doa kita kepada Dia. InsyaAllah, Allah buktikan melalui Al-Quran. ^.^
|Ambil sifat-sifat baik orang Yahudi yang tidak pernah putus asa untuk mengkaji apa jua ilmu Allah di dunia ini.|
Mari jadikan Al-Quran teman akrab kita. Bawa ia ke mana jua kita berada. Baca ia di setiap ruang waktu yang kita ada. Fahami isi kandungan maksud yang tersurat dan tersirat di sekitarnya. Kekal istiqamah melalui kunjungan doa kita kepada Dia. InsyaAllah, Allah buktikan melalui Al-Quran. ^.^
by Nazatul Shima Masri


alhamdulillah,,mudahan al-quran sentiase bersama kita
ReplyDeleteaamiinn.. doa dipanjatkan
Delete